HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN PASTI KALI KE 10

parent1

pakaian bragam

nuha2

Majlis Anugerah Pasti Kampar telah berlangsung meriah di Dewan Maahad Tahfiz Tualang Sekah dengan persembahan pelajar, ucapan penuh motovasi oleh pimpinan Pasti dan penyampaian hadiah.

Menurut Pengerusi Pasti Kampar, Sdr Manaf Ismail, Hari Anugerah kali ke 10 ini cuba membuktikan kepada massa pencapaian anak-anak didik Pasti Kampar , antaranya berjaya mewakili Perak ke pertandingan membaca peringkat kebangsaan.

Para hadirin terhibur dengan persembahan pelajar Pasti yang mengalunkan nasyid, hafazan Quran , azan dan membaca jawi dengan lancar.

rasmi
Ucapan perasmian oleh Setiausaha Pasti Perak.

Majlis telah dirasmikan oleh Sdr Muhammad Hadri b Abd Majid, Setiausaha Pasti Perak. Turut Hadir ialah Tn Hj Rosli Suhaime, Setiausaha Pasti Pusat yang juga mantan pengerusi Pasti Kampar, Sdr Ridzuan Rashid, Ketua DPP Kampar dan Sdr Yunuf Haji Kechik, Setiausaha Pas Kampar.

JAMUAN HARI RAYA PASTI AS-SALAM KAMPAR

Pada hari Jumaat 2/10/2009 bertempat di PASTI As-Salam diadakan majlis sambutan hari raya untuk pelajar-pelajar di sana. Guru PASTI Puan Halimatun yang keseorangan cekal lagi tabah melayan kerenah pelajar-pelajarnya. Lihatlah mereka dengan baju rayanya. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis ini.

Gambar-gambar di Sukan PASTI Malaysia di Bestari Jaya,Selangor.

Walaupun anak-anak PASTI Kampar tidak turut serta dalam Pertandingan Bolasepak dan Bola Jaring di Manjung pada minggu lepas dan di Sukan PASTI Malaysia di UNISEL ,Bestari Jaya, Selangor pada 19-20/06/09… Cuma mampu menghantar petugas ke 2 program tersebut… Kontijen PASTI Perak telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam acara futsal setelah “berpanas”, tidak seperti bermain di Manjung pada minggu lepas.. Syabas dan tahniah kepada mereka semua…. Lihat aksi-aksi yang sempat dirakamkan.

Siapa Hebat Antara Kami?

DSCN7212

Sukaneka PASTI 2009

Salam Sejahtera

Salam sejahtera kpd semua pengunjung laman PASTI KAMPAR ini… Berikan komen anda..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.